Sabtu, 4 Oktober 2014

Semua Sudah Berubah

Assalamualaikum..

dah lama rasenya x update entry..hehe..

Aidilfitri sudah..aidiladha hampir sudah..rse cepat je masa berlalukan..hari2 yg kt rse singkat ni rse mcm x puas dan rase macam kematian juga semakin mengejar kita cuma kt x thu bila dan macamana dia akan datang menjemput kt..dan dengan itu juga manusia semakin lama semakin berubah..pemikiran juga berubah..persekitaran juga berubah..peraturan juga berubah..semua jadi lain..

kita juga akan lihat kawan kita semakin menghampiri alam perkahwinan..alam yg penuh dengan cabaran..kadang2 kita akan terdetik,adakah kita mampu seperti dia?adakah kita mampu melahirkan anak sepertimana ibu dan ayah kita membentuk anak dia seperti kt..erm..semakin umur kt kian mendaki,kt akan menghadapi org yg semakin kt x biasa..rse kekok,rse lain..dan ia bermain dengan perasaan..aq x mahir..ia diluar bidang pembelajaran di sek..xde dlm sillibus pun..uish..>,< perasaan takut mula menguasai..gusar..tp itu lumrah..yg penting kt kene tenang dengan ketentuan..tenang dengan ujian..

adik2 kita juga semakin menginjak dewasa..semakin mengenal dunia dari perspektif yang berbeza kerana zaman sudah berubah..tidak seperti dahulu..mentaliti mereka juga berubah..kadang2 sampai kt pun x terikut..huhu

Iman kita ni seperti roda sama jg seperti hidup kita..kadang2 di atas kadang di bawah..kadang2 rasa kt dah cukup amalan kita,smua kehidupan seperti sempurna letaknya..dan kadang2 jg hati ni rasa gelisah,x tenteram,amalan semakin berkurang dan at the same time,kehidupan kt jd entah pape..and sometimes it become vice versa..ini juga berkait rapat dengan salah satu hadis sohih rasulullah :
"Seseorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri ketika dia berada dalam keadaan beriman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada dalam keimanan." [Riwayat Al-Bukhari (no. 2475, 6772); Muslim (no. 57) daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu]

Ketika seseorang itu hadir ke majlis ilmu yang di dalamnya terkandung pengisian seperti nasihat-nasihat, penjelasan tentang syurga dan neraka, hari Qiamat dan akhirat, maka keimanannya boleh jadi bertambah sehingga seakan-akan dia melihatnya secara langsung. Namun ketika dia sedang lalai dan jauh daripada majlis-majlis ilmu agama dan nasihat, maka keyakinan hati dan imannya akan berkurang. Berkurangnya iman juga berlaku ketika dalam keadaan sedang melakukan dosa. Rasa2 korang pernah alami x mcm ni?tepuk dada tanya selera..



Sesungguhnya Allah sangat suka kepada hambaNya yang sentiasa istiqomah..x kirala keadaan kt mcmana..ujian yg menimpa kt mcmana,tp amalan kt tetap sama..Allah akan tetap sayang...Besar sungguh kecintaan Allah terhadap hambaNya..rase diri ni x layak nak dpt cinta dariNya..tp kt x bleh mcm 2,,sbb mmg kt perlukan rasa sayang dari Allah..itu fitrah kt..iaitu sangat2 memerlukan pd sesuatu..kt x bleh berdiri sendiri tanpa yang lain..percayalah..antara nampak,sedar x sedar je..

Rase sekarang ni iman ku berada di tangga terbawah..rasa semacam x senang..mungkin ada silap ku dimana-mana..setiap sem di universiti ni mempunyai ujian yg pelbagai..kadang2 bila fikir balik,seronok pun ada..hehe..hanya org yg memanfaatkannya akan mengerti apa yg dimaksudkan ini...

~kuluahapayangterlintas