Khamis, 30 April 2015

UHIBBU..

CINTA

cinta itu indah

ia sangat halus dan lembut
cantik memandang dan cantik bila memilikinya

Tetapi

ada yang sakitnya
ada yang buruknya
ada yang jeleknya

semua kerana CINTA

Kenapa??
kerana ia fitrah
semua tak terlepas untuk merasa
memegang walau barang sebentar

Andai kita penat memegangnya

Andai kita penat merasainya
Andai kita rasa tak terdaya
Andai kita rasa rapuh

Lepaskanlah dengan cara terbaik

Terhormat
Berhikmah
Sebagaimana kita mengambil dengan penuh ghairah
Sebagaimana kita merangkul dengan tangan yang lembut

Cinta dengan manusia ada adabnya

Ada caranyanya
Ada wasilahnya
Ada tempatnya

Begitu juga Cinta dengan Tuhan

Ada indahnya adab
Ada cantiknya cara
Ada comelnya wasilah
Ada strateginya tempat

PILIHAN ada di tangan kita

Kita merancang
Kita merangka
Rangkalah dengan penuh tawaduk
Rangkalah dengan penuh zuhud

Cinta datang tanpa diundang

Pergi tanpa dipinta

Cinta datang dengan harapan

Pergi dengan memori

Cinta datang dengan sapaan

Pergi tanpa berita

Itulah CINTA

Ada pertemuan ada perpisahan

^_^

Ahad, 12 April 2015

Makan Besar

“I can do it!” aku bermonolog sendiri berulang lagi. Tak lama lagi angka giliran untuk temuduga akan sampai kepadaku. Sedang aku berwirid perlahan tiba-tiba kudengar namaku dipanggil. “Seterusnya En. Faris.” Penuh dengan ketegasan wanita molek itu memanggilku. Terjeda aku sebentar kerana terkejut. Langkahku kumulai dengan basmalah. Gementar itu ada. Gundah dan risau itu ada. Aku harus hadapinya.

Segak bergaya dengan misai panjang ke pipi menunjukkan dia seorang yang agak bengis pada pandangan sulungku. “Ala-ala Wak Doyok pun ada,” sempat lagi aku berseloroh sendiri. Di sebelahnya kulihat jejaka sawo matang yang agak muda mungkin umur baru menginjak 30-an sedang asyik melihat ‘resume’ku. Dari sudut hatiku terselit rasa bangga dengan anak belia di hadapanku yang sudah duduk setaraf dengan ‘mereka’. Sungguh sebenarnya pada permulaan aku masuk ke bilik yang aku kira agak macam rumah hantu bagiku, mataku sudah tertangkap pada susuk tubuh dan wajah yang cantik yang duduk bersilang kaki disebelah tepi sekali. Tetapi aku cerita tentangnya paling terakhir kerana mungkin aku akan huraikan lagi banyak tentangnya lagi lepas ni. Hehe. “Ok cukup berangan Faris,” aku sedarkan diri aku yang dah cukup berkhayal ini.

Temuduga bermula.

“Assalamualaikum En. Faris. Apa khabar? Boleh perkenal diri dengan serba ringkas?”

En. Wak Doyok ni mulakan bicara memecahkan kesunyian. Dengan penuh keyakinan aku jawab pertanyaannya. Dia teruskan lagi.

“Ok kita straight to the point. Awak ada pengalaman bekerja? kalau ada berapa tahun?”

Sebenarnya aku dah bekerja selama 3 tahun dibengkel bapaku. Setiap kali cuti semester perkuliahan akan aku habiskan di bengkel bapaku itu. Membaiki, mengubah suai sudahku mahir. Kalau ada sijillah, agaknya aku dah dapat pHD dah dalam bidang ni. Hehe. Tetapi tidak tahu mengapa aku mengambil kursus yang sangat jauh dengan bidang mekanikal ini. Ya, aku ambil kursus perniagaan dalam masakan. Aku dah jenuh menjawab segala pertanyaan yang datang kepadaku. Aku tenang menjawab aku ingin mencuba sesuatu yang baru dan lain dari lain. Lagipun ia juga satu kemahiran. Alhamdulillah, pengajian ijazahku sudah tamat. ‘Intership’ aku cuma di restoran ‘Secret Resepi’ cawangan Bangi. Dari situ aku belajar dari bawah, dari tempat pembuangan makanan, bahagian penyediaan, bahagian pembuatan sehinggalah bahagian pengurusan kewangan dan hak asasi pekerja. Walaupun pada mulanya aku rasa dibuli, tapi itu biasa bagi budak baru bagi aku. Aku terima ia sebagai permulaan kepada satu pencapaian. Tapi untuk permohonan pekerjaan ini, aku ingin memohon pekerjaan sebagai ‘Human Resource’. Lama pula aku berkhayal. Sambung.

Kali ini si gadis itu pula mulakan dengan soalan seterusnya.

“Jika syarikat ini mengalami hutang yang banyak dan gaji pekerja 2 bulan perlu dilangsaikan, bagaimana kamu selesaikan masalah ini supaya kita dapat keuntungan yang setimpal dengan kerugian yang kita hadapi?”

 Ya aku sudah sedia dengan soalan ini. Ini kerana aku tahu bukan sahaja pencapaian aku dinilainya tetapi juga pemikiran kritikal. Aku harap ini yang terakhir. Lelaki sawo matang yang bertanda nama Kamil. Ya En. Kamil. Dia akan mengakhiri sesi ini mungkin.

“Saya tengok pencapaian awak ni sungguh menarik minat saya. Sekolah dahulu di vokasional, ambil sijil diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal, ijazah dalam bidang perniagaan dalam masakan. Begitu pula dengan pengalaman kerja kamu. Saya sungguh tertarik. Boleh awak ceritakan sedikit kenapa begitu perjalanannya? Amat jarang sekali orang ada ijazah yang tidak sealiran dengan pengajiannya yang dahulu.”

“Aku lelaki kan. Selagi daya aku boleh buat aku buat”

 Aku bermonog sendiri lagi. Setelah beberapa minit aku huraikan persoalannya. Aku diminta balik dan menunggu jawapan dari pihak mereka untuk seminggu.

Ilmiah sungguh cerita kali ini. Ok ni bukan cerita drama atau dongeng. Tapi coretan hidupku.

Aku berjalan pulang kepenatan. Seketika kemudian aku terlihat air sejuk manis yang merembeskan air di luar bekas di gerai seberang jalan. Kebetulan aku pula haus sangat. Aku dengan gelojoh memesan air sirap bandung. RM 1.50.

“Uish, harga da naiklah.”

Aku pun dengan rasa nak bayarnya, tiba-tiba rasa cuak. Hilang! Aku cari dan cari. Dompet aku hilang. Aku cuba perah otak ni.

“Manalah aku letak ni. Jangan-jangan tertinggal kat tempat ‘interview’ tadi tak. Aku kena patah balik cepat ni.”

Aku dengan tergopoh-gopoh berlari. Tiba-tiba..

“Aduih!!”

Semua pejalan kaki berhenti untuk ketawakan aku. Apalah. Aku dengan segala kudrat yang ada gagahkan juga bangun. Aku lelaki kot. Macho kena jaga. Tengah aku terjengket-jengket jalan tiba-tiba adalah seorang mak cik ni bawa barang banyak berjalan melintasi aku. Aku jatuh kasihan padanya.

“Assalamualaikum mak cik. Nak pergi mana ni? Mari saya tolong angkat barang.”

“Waalaikumsalam nak. Mak cik nak pergi perhentian bas kat seberang sana. Nanti anak mak cik jemput kat sana. Terima kasihlah susah-susah je.”

Barangan pasar bertukar tangan. Sedang aku berjalan beriringan mak cik tersebut, tepung didalam bungkusan tersebut terjatuh. Rupanya plastik tersebut bocor.Habis sayur, tomato jatuh bergelimpangan di bahu jalan. Tepung tersebut dengan mudah melekat pada seluarku kerana aku pada masa itu dalam keadaan basah kerana terjatuh di lopak air beberapa minit lalu.

“Habislah.”

Tapi nasib baik bungkusan tersebut di tangan aku. Jika di tangan mak cik tersebut, lagi kasihan agaknya. Aku cuba positifkan diri lagi. Mak cik tersebut banyak kali mengucap maaf padaku.

“Tak apa mak cik. Biasalah, saya lelaki kan benda ni kecik je.”

Terbit segaris senyuman di bibirnya dengar aku berseloroh. Aku rasa puas buat seketika. Setelah aku menghantar mak cik tersebut ke perhentian bas, aku meneruskan lagi perjalananku ke syarikat tadi. Setibanya aku ke sana, semua terkejut dengan aku. Aku pelik.

“Apa pasal semua tengok aku macam tu?Muka aku macam ‘monster ke’?Dah macam cerita ‘Monster University’la pulak.”

Sempat lagi aku berangan. Hehe. Tadi selepas hantar mak cik tersebut aku bergegas ke pejabat ini kerana waktu pejabat semakin melabuhkan tirai. Mungkin kerana penampilan aku, mereka kaget melihat aku. Aku tidak peduli. Dompet aku perlu diselamatkan. Tiba-tiba aku terserempak dengan En. Kamil. Aku menjelaskan situasi aku dan kemudian dia menghulurkan dompet kepadaku.

“Saya baru nak pulangkan dompet ini pada kamu lepas waktu pejabat ni. Em, kesian kamu. Sebelum balik pergilah tandas hujung sana bersihkan baju kamu tu.”

Dia berlalu sambil tersenyum dan menggeleng. Aku sudah membayangkan bahawa aku tidak akan dapat kerja yang aku mohon. Aku pasrah dan puas. Kerana aku sudah buat yang terbaik. Arwah ibu aku pernah berpesan, ‘biarlah orang nak nilai kita macam mana pun yang penting niat kita baik. Orang tak nampak tak apa. Allah nampak’. :)

Aku menjalani kehidupan aku seperti biasa. Bekerja di kedai ayah aku sambil mencari kerja baru. Seminggu sudah berlalu terasa begitu pantas waktu. Kiamat sudah dekat mungkin.

“Faris! Faris! Aku jumpa surat kau ni kat luar kedai ni. Habis kena minyak hitam. Nasib baik terpalit sikit je.”

“Rasa macam hina je surat aku ni. Haha”

Aku dan kawanku, Gaplek ketawa bersama. Gaplek sudah dapat pekerjaan. Dia bekerja sebagai pegawai bank ‘Maybank’. Banyak duit dapat tu. Tidak mengapa rezeki dia. Setiap petang dia akan datang ke kedai ayah aku untuk berborak bersama dan kadang-kadang dia menolong aku membaiki kereta pelanggan. Aku dan Gaplek kawan sejak sekolah vokasional. Memang kenal sangat.

Surat bertukar tangan. Aku buka dengan basmalah. Eh!

“Ya Allah, aku dapat kerja! Alhamdulillah Ya Allah”

Aku menari bersama Gaplek ala-ala joget tiang dan kemudian aku terus masuk pejabat ayah aku. Ayah aku bersyukur sangat. Dan ya, malam ni aku dapat MAKAN BESAR.



This entry was posted in