Ahad, 23 Disember 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah

Assalamualaikum W.B.T...

Kali ini InsyaAllah ingin sy kongsikan sedikit petikan khutbah terakhir Rasulullah SAW,kekasih Allah dan pemimpin kita yang mulia ini..hayati dan fahamilah maksud yang tersirat..

"Wahai manuasia, dengarlah baik-baik apa yg hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada org2 yg tidak dpt hadir di sini pd hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bln ini dan kota ini sbg suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap org Muslim sbg suci. Kembalikanharta yg diamanahkn kpd kamu kpd pmiliknya yg berhak. Jgnlah kamu sakiti sesiapa pun agar org lain tidak menyakiti kamu lg. Ingatlah bahawa ssungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti mmbuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mngharamkan riba', oleh itu segala urusan yg melibtkn riba dibatalkn mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia tlh berputus asa untuk mnyesatkn kamu dlm perkara2 besar, maka berjaga2lah supaya kamu tidak mngikutinya dlm perkara2 kecil."

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka jg mmpunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka mnyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka jg berhak utk diberi makan dan pakaian dlm suasana kasih syg. Layanilah wanita2 kamu dgn baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka ssungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yg setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan org yg kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia,dengarlah bersungguh2 kata2ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaanmu. Kerjakanlah ibadat hajisekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa stiap Muslim adalah sama, tidak seorang pun yg lebih mulia dr yg lainnya kecuali dlm takwa dan beramal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mnghadap Allah pd suatu hari utk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yg telah kamu kerjakan. Oleh itu jgnlah sekali-kali terkeluar dr landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yg akan dtg selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dgn betul dan fahamilah kata2 yg tlh aku sampaikan kpd kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kpd kamu dua perkara, yg sekiranya kamu berpegang teguh dan mngikuti kedua2nya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah org2 yg mndengar ucapanku mnyampaikan pula kpd org lain. Semoga yg terakhir lebih memahami kata-kataku dr mereka yg terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kpd hamba-hambaMu."

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pd 9 haribulan zulhijjah tahun ke-10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah)..sekian,renung2kan dan selamat beramal..:)wassalam

0 ulasan: