Khamis, 24 Disember 2015

Wind Chimes

Walau kau tahu ku tak sempurna,
Tetapi kau menerimaku seadanya,
Walau ku tahu kau tak sempurna,
Tetapi itu tidak menjauhkan diriku darimu.

Tidak ku pinta lebih dari yang ada,
Cukup yang sesuai denganku,
Yang boleh menyempurnakanku,
Itu sudah memadai bagi diriku yang lemah ini.

Bunga yang gah berdiri tampak indah dilitupi duri,
Duri yang semua orang pernah rasai, pegang walau sebentar,
Akan tapi tidak semua tahu cara yang tepat untuk memetiknya,
Hanya sang kumbang yang boleh menilainya.

Tinta ini bukanku nukilkan untuk meluah rindu,
Tetapi lebih sekadar rindu dengan rasa syukur seperti ini,
Tinta ini bukanku karang kerana kasih,
Tetapi lebih sekadar kasih yang telah Kau berikan cinta pada mulanya.

Kita mempunyai sejarah yang berbeza,
Minat kegemaran kesukaan yang sangat beda,
Sangat beda sehinggaku buta untuk mencari titik persamaan,
Tetapi titik-titik itulah yang kita cari sehingga sampai ke hujungnya.

Jangan dicarik awan yang di atas untuk mencari air,
Jangan didaki gunung yang paling tinggi semata mencari oxygen,
Jangan direnaangi lautan yang luas hanya kerana mencari mutiara,
Tetapi wujudkanlah angin supaya loceng sentiasa berbunyi dengan sempurna.


Yang Senyum :)

0 ulasan: