Jumaat, 13 Oktober 2017

PERCUTIAN 14 HARI DI NEW ZEALAND (SAMBUNGAN - SOUTH)

Sambungan dari post yang sebelum ni, jom kita story berkenaan kat South Island pulak ye

12 Ogos 2017
- Flight dari Aucland ke Christchurch kami guna flight JetStar yang boleh dibooking di Traveloka. 1 jam je perjalanannya. Dan yes! We are in South now.. Suhu sini sejuk lagi tau. Memang setiap kali tidur dalam campervan mesti menggigil punyalah. Suhu paling rendah -2, kalau standard hari lain dalam 4-6 degree. Mau tak sejuk

- Sampai-sampai dah malam, jadi kami cari hotel yang dekat ngan airport, jalan kaki je. Hotel Juicy Snooze nama die. Hotel ni memang best and recommended. Sebab warna die yang unik, purple and hijau. Bilik dia unik, dorm dia pun, and dapur dia siap ada tempat lepak besarrr sangat, ada dobi and tempat iron juga. Memang best, kitorang tidur sini 2 kali, pergi dan balik sebab dekat ngan airport kat. ngeeeh..

13 Ogos 2017
- Pagi-pagi selepas sarapan macam biasa check-out dan mulakan perjalanan baru di south yeay. Pagi tu pergi airport semula untuk naik bus shuttle untuk ke pejabat tempahan caravan. Kalini kami bercadang guna jenama Apollo untuk menemani sepanjang 9 hari di south ni. Mula-mula dah rasa servis dia tak berapa bagus. Jahat x?haha..yelah, mana taknya kita call banyak kali tak berangkat takde linelah..lepas tu van shuttle die ada bila kita call je tu pun kalau dia dapat amik cepat kalau lambat maunya lama tunggu. Hampir sejam jugalah kami buntu kat airport tu. Tapi akhirnya sampai juga tempatnya.

- Dapat pula yang handle kitorang punya caravan tu chinese and die suka memperlekehkan kitorang. Aish rasa nak hempuk je. Memang diakui caravan Britz & Apollo ni lebih kurang je. Tetapi, kami lebih suka Britz dari Apollo sebab Apollo ni xmesra pengguna, dia bagi kat kita barang yang mudah tercabut. Korang cuba bayangkanlah macam-macam masalah kitorang hadapi guna apollo ni rasa macam nak give up pun ada. Yelah kita dah penat-penat kan, naklah tukar kerusi dia jadi katil, dia punya payah nak buka meja makan tu Ya Allah memang susah, akhirnya tidur kat kerusilah jawabnya semalam, lepas tu dia punya heater kedekut dan arah ke singki bukan kearah katil..grr geram je,,then dia punya wayar untuk power supply pulak rapuh, dan ada sekali tu tercabut..2 hari juga xdapat nak cas caravan, kesian suami mira terpaksa mnx tolong kontractor yang ada screwdriver..dan hari last boleh pula tercabut dia punya penutup tempat keluar air kotor. Nasib masa pulang dia tak check. Mana taknya masa dapat pun dah terbuka penutupnya, bila time kita jadi camni pula, tak servis habis ke cukup bebel pasal caravan, jom citer yang indah2 pulak.

- Selepas dah dapat caravan tu, kami ke Willlowbank Wildfire Reserve di Christchurch. Apa yang uniknya kat NZ ni, kita kena peka dengan setiap voucher dan kopun. Bentilah kat mana2, amiklah buku travel diorang yang mana2 mesti ada diskaun punya. Macam Willowbank nilah, kami ada diskaun 5% amik kat hotel sebelum ni. Free je

- Willowbank ni tempat macam ala-ala zoo tapi ni jenis open. Haiwan berkeliaran sana sini haha. Lepas tu pergi Masjid Al-Noor & makan tengahari. Kat Christchurch ada je restoran makanan halal, nak beli makanan mentah halal pun ada. Kena banyak2 google. Kitorang bila nak pergi baru nak cari map. Alhamdulillah, suami jenis tak kabut macam mira kalau tak haruuu



Juicy Snooze Hotel

Willowbank Wildfire Reserve










Apollo Campervan


14 Ogos 2017
- Pagi-pagi kami teruskan perjalanan ke Moerarki Bolders. Apa yang uniknya kat sini, semua batu kat sana bulat dan pecah2. Sangat unikk. Sampai sana sejuk menggigil, semua gambar ni tengah tahan gigillah ni #siscuba
- Then, kitorang gerak ke Kilang Cadburi kat Dunedin, makan tengahari, pergi masjid solat. Lepas tu ke Baldwin street (jalan tercuram-tapi still ada rumah tepi-tepi, I acnnot brainlah diorang boleh tinggal dengan keadaan jalan camtu), pergi Botanic Garden dan Signal Hill Lookout.


Moerarki Bolders











Baldwin street




15 Ogos 2017
- Lepas tu kami terus gerak ke Te Anau. Jauh mak aih, memang penat. 1 yang uniknya NZ ni tempat private, kalau jalan tu, memang jarang  nampak kereta, pemandangan je, pulak tu dari satu tempat ke tempat menarik tu makan masa yakmatt. Sungguh kecapean.

- Jadi bila dah sampai terus check in dan rehat. Kesian suami kita sampai tak sihat. huhu. Kat Te anau ni ada banyak juga jual souvenir, boleh beli sini kalau nak. Lepas tu, ada juga Glowworm tapi kena naik cruise ke sana. Tapi kami tak pergi sebab dah pergi kat Nourth kann.

16 Ogos 2017
- Ok jom teruskan journey! Seharian di Milford Sound ialah satu saat yang paling tak dapat lupakan. Inilah tempat the best among the best kat NZ. Memang setiap ketika, saat mata kita dijamu dengan pemandangan SubhanaAllah sangat menakjubkan dan teruja. Nak rakam setiap saat tak boleh, tapi matalah yang menjadi saksi setiap pemandangan yang ada.

- Meh nak habaq ni, nak pergi ke Milford Sound sangatlaaa banyak caranya. Nak ke sana makan masa lebih kurang 3 jam juga. Boleh naik bas atau pun pergi sendiri naik caravan. Dah sampai jeti sana, kalau nak beli tiket on the spot boleh. Tak pun, online lagi murah kalau beli kat Bookme.com. Sebab terlampau banyak sangat agensi cruise kat sana.

- Kitorang gerak dari kul 6 pagi, sampai sana berkejar-kejar untuk naik cruise sebab kitorang beli tiket pagi, so memang terawallah sampai. Kitorang naik cruise Orange dan ada 3 tingkat. Memang besarr sangat. Dengan cuaca sejuk kejap hujan kejap tak. Lepas tu memang kawasan situ air terjun gunung dia Ya Allah sangat menakjubkan. Memang terpesona terpukau semua adalah. Memang puas hati sangat2. Kalau korang singgah sini, siyes memang kena cukup album nak tangkap semua gambar sebab semuaa lawaaaa sangattt..hehe

- Balik dari cruise kitorang masak, makan dan solaat sebelum teruskan perjalanan balik ke Te Anau kemuadian ke Queenstown.


































17 Ogos 2017
- Queenstown adalah bandar shopping dan tumpuan juga. Haa kalau nak beli hadiah cenderahati beli kat sinilah. Nama tempat Queenstown Mall. Kat sana pun ada Skyline Queenstown. Boleh naik garuda, naik cruise dari queenstown ke Milford sound, main ski dan macam-macam lagilah. Tinggal sediakan fulus je. Kat sini jangan risau, ada juga jual makanan halal tau, tapi korang kena pandai cari.

- Lepas tu on the way nak ke Cromwell tu jumpalah macam-macam tempat perhentian amik gambar best seperti Bennetts Bluff Lookout, Kawarau Gorge Suspension Bridge (tempat orang main bungge jumping). Memang tempat kat sana cantik-cantik, sedap mata tengoklah katakan.





18 Ogos 2017
- Hari ni teruskan lagi perjalanan pusing-pusing luar kawasan Queenstown. Sepanjang harini, kami lalu Lindiss Pass viewpoint, Peter Lookout, Mount Cook, Lake Pukaki dan Lake Tekapo. Tempat-tempat ini adalah tempat orang ambil gambar, tengok laut cantik-cantik, dan yang penting album cik abang kita penuh haha..kesian iyee..





















19 Ogos 2017
- Dari lake Tekapo, kitorang bergerak ke Christchurch. Boleh tahan jauh juga. Bangun tido bangun tido jugalah mira ni. Lepas tu tido tempat mula-mula kitorang sampai south tu, dah check in semua, kitorang jalan-jalan pusing bandar Chirtschurch tu. Bandar tu xdelah besar mana, pusing-pusing jumpa tempat sama. Tapi yang pasti malam banyak kedai dah tutup macam biasa. Tapi kat bandar ni lambat sikit tutup. Tapi lambat-lambat pun kul 10 malam dah tutup. Kalau kat kawsan pedalaman kul 7/8 malam dah tutup.

- Dan kat sini juga jumpa student bangla yang belajar kat NZ, dan dapat sikit peluang untuk bukak bisnes lain. Yelah kita datang NZ pun sebab kerja juga, jadi faham-faham jelah.

20 Ogos 2017
- Pagi-pagi pukul 8, kami dah pulangkan caravan. Maka dengan sesi pemulangan ini, maka berakhirlah pengambaran di New Zealand. Sedih tetiba..huhu.

- Pekerja kat Apollo ni tak ramai. Jadi dah rancang, kalau duk NZ ni nak keje perah susu lembu, tukang sapu sampah gua atau pekerja kedai Apollo haha. Nampak tak tanda-tanda apa tu.

- Flight ke Auckland dalam pukul 10 pagi, jadi memang kena ke sana awal sejamlah kan. Bila dah sampai Auckland pukul 11 pagi macam tu, memang kena tunggulah sebab flight balik KL kul 7 malam. Memang sangat lapar. Berusaha cari makanan halal, google memang takde. Berbekalkan biskut memang tak kenyanglah kan. Tapi nak buat camne, kami tahan je, tunggu makanan dalam flight. Tengok tu sanggup punya lapar haha

22 Ogos 2017
- Fuhh, sekian coretan journey sepanjang 14 hari di New Zealand. Mungkin ada yang terlepas pandang nak cerita tapi secara basicnya itulah perjalanan kami sebagai #husbandandwifebackpackers. Orang kata kalau kita nak kenal seseorang tu ialah dengan bermusafir dengannya. Dan ye, mira dapat jugalah kenal sedikit sebanyak tentang husband mira ni. Terima kasih en. shuben sebab hadiahkan hobbit untuk kita, suka sangat akhirnya tercapai impian..hehe. Alhamdulillah, syukur sangat dengan pemberianMu Ya Allah. Terima kasih juga buat shuben kita, sebab sudi terima baik buruk mira even sebenarnya banyak sangat yang kena belajar lagi..luv u <3 p="">
- Dan paling mira tak sangka, harini genaplah sebulan kami mendirikan rumah tangga..tak sangka jatuh pada tarikh yang tepat, semua ni tak rangcang pun..pergi anniversary propose, harini anniversary wedding..hehe


** Setelah 14 hari kami bertungkus lumus survey, cari tempat sesuai dan susun jadual elok2, akhirnya terciptalah satu pakej ke New Zealand. Jadi kalau korang berminat nak join trip New Zealand dengan kami, boleh je, just whatsapp kami +6017-8880442 untuk pertanyaan lanjut atapun boleh layari fb page kami MH Muslim Paradise.

Haere Ra..