Khamis, 12 Oktober 2017

PERCUTIAN DI NEW ZEALAND 14 HARI (JILID 1)

Assalamualaikum, apa khabar semua..hai hai

Entry kalini nak cerita berkenaan jenjalan di New Zealand. Suka tak? Lama woo 14 hari sampai rasa, cepatlahh nak balik Malaysia cepat sebab badan dah tak tahan sejuk dan naik ruam (padahal hujung musim sejuk). Paling sejuk pernah rasa -2. Mak aii sejukkk..kahkah

Ok, jom berbalik pada topik kita. First2, memang dah tahu lama, tunang kita nak bawa kita g NZ untuk honeymoon (masa tu belum kahwin), and masa tu dah beli tiket flight siap2. Seminggu lepas majlis kott. Berbekalkan kepenatan dua-dua majlis tak habis lagi, dengan tak prepare apa-apa sangat untuk g sana, sehari sebelum pergi kelam kabut siapkan itinerary. Itu pun ada bersumberkan blog-blog dan tips orang lain :P. Rasa macam dah lama tak buat kerja bahagian perhubungan luar ni. Dulu berbekalkan jawatan ni lah boleh kenal tour guide hatiku ni. hikss


Mari mira share sikit tips untuk persediaan pergi sana :
1. Kalau naik Air Asia akan ada transit di Gold Coast, tapi jangan risau, dia tak cek visa pun. Hampeh, haritu dah buat and ada silap punyalah gabra nak masuk Ausie aleh2 tak cek pun. haha
2. Jangan lupa bawa lotion, pelembap, pewangi (sebab kat sana sejuk dan berangin so kulit cepat kering, dan bila dah menggigil ingat nak mandi 2x sehari macam kat malaysia -_- so apa lagi semburlah pewangi yang ada haha)
3. Bawa baju secukupnya masuk dalam beg. Tak perlu nak banyak sangatlah, kata backpackers. hehe Jangan risau kebanyakan tempat penginapan sana ada laundry.
4. DECLARE barang-barang makanan & ubat-ubat yang kita bawa. Apa yang kita bawa kena bagitahu dalam borang dia tu.
5. Tak boleh bawa minuman 3in1, tenusu dan kekacang (Tapi biskut oat crunch nasib baik lepas haha).
6. Kena peramah sebab orang sana memang banyak cakap. Dan sebenarnya kita susah nak kenal betul-betul orang Maori ni sebab penduduk sana dah bercampur-campur kan.

Sekian tips, uihh, ni baru tips. Sekarang nak cerita berkenaan perjalanan sepanjang di sana.



North Island, New Zealand


6 Ogos 2017
- Flight dari KLIA2 ke Auckland (lebih kurang 11 jam)

7 Ogos 2017
- Sampai-sampai dah hampir malam waktu NZ, apa lagi carilah kenderaan yang boleh bawa kita ke hotel. Dekat NZ sangatttlah banyak kemudahan transport. Ada bas, ada teksi, ada bas shuttle, ada van shuttle. Pilih je mana, tinggal keluarkan fulus je haha.
- So, lepas riki2, dan tanya2, akhirnya kitorang decide naik bas. Bas ni setiap masa ada, just beli tiket dan tahu mana perhentian dia. Masa tu nak pergi Kiwi Hotel, bila dah turun bas menjajar juga cari mana hotel dia. Tapi nasib baik ada orang tunjukkan, jumpa jugalah. Kitorang pilih bilik katil queen, dan single. Dalam tu ada sinki, ada penyangkut baju, tapi tandas n bilik mandi share. Tercari-cari juga manalah tandas perempuan, mula-mula tak jumpa terpaksa tumpang tandas lelaki. Bila dah lama sikit dah habis bukak semua pintu baru jumpa untuk perempuan. Lawak je
- Percaya atau x, tak sangka harini anniversary ikatan kita (tapi kebetulan je) hehe
- So malam tu jalan-jalan kat CitySky. Di NZ, bila dah pukul 8 banyak kedai dah tutup kat sana dah malam. Tapi kalau kat bandar besar still buka lagi tapi tak ada yang sampai tengah malam. Sambil tu cari makanan halal. So kitorang pergi kedai kebab. Kalau macam kedai lain seperti Nando's ke KFC ke tak percaya sangat sebab takut lain negara lain halal dia. ye dop

Yeay kami dah sampai! Kia Ora
Nampak tak ada Sky tower tepi tu




8 Ogos 2017
- Pagi-pagi dah check out pergi airport balik untuk amik caravan. Naik bas shuttle macam semalam. Dari airport ada van shuttle khas untuk caravan Berts pergi kat centre dia. So lepas dah runding-runding hampir 1 jam, so apa lagi pecutt ke Hobitton sebab seketul mira ni dah beli tiket pukul 12, so gerak dari Auckland pukul 10.30 pagi tak silap. Jarak perjalanan pula 2 jam. Haa amik, dekatt sangat tu haha
- Lepas sampai rupa-rupanya lawatan kampung hobbit tu memang banyak trip setiap masa. So tak pe kalau lambat sikit. Fuhh! Memang puas sangat dapat pergi Hobbiton, impian selama ni tercapai alhamdulillah. Thanks hubby layankan kita <3 p="">- Tiket sana mahal. sekepala NZD79. haa bayangkanlah kalau 2 orang darab currency kita. Tercekik mak. Kalah Legoland haha
- Lepas tu jalan pergi daerah Taupo pula. Sebelum tu singgah PaknSave beli barang-barang untuk masak























9 Ogos 2017
- Lepas tu merantau pula ke Wai-O-Tapu. Korang boleh je beli tiket on the spot kat sana tau jangan risau. Wai-O-Tapu adalah tempat dimana centre of kolam air panas. Kat sana banyakk sangat spa atau tempat penginapan yang menyediakan kolam mandian panas ni sebabnya kawasan tu memang tempat air panas. So pada sesiapa naka manjakan diri dengan mud pool atau air panas bolehlah try spa kat sana ^_^

- Malam tadi kami tinggal di campersite yang korang boleh cari kat camperMate yang harga die dalam NZD20++ sekepala. Itu memang standard harga kalau korang nak tido kat campervan tapi nak power site diorang. Dobi, iron, bilik tv, tandas semua ada. Best kalau dapat kemudahan camni terus :) Alaa korang install je apps CamperMate ni, so senang korang nak travel sendiri lepas ni, nak cari hotel ke tempat beli-belah ke tempat menarik semua ada tau hehe..

- Selepas tu berjalan lagi ke Huka Fall di Taupo. Perghh ni best! Kawasan situ memang penuh dengan air biruu jee..Subhanallah mula-mula tengok tergamam sebab air cantik sangat tau, pulak tu time pergi hujan, menggigil jelah bergambar hehe..Mana taknya dari tempat Wai-O-Tapu lagi dah bermandi hujan -_-

- Malam ni nak try tido di Taupo. Hotel ni ada macam-macam tau, ada kolam mandian besar boleh seisi keluargalah, ada campersite, cabin shared bathroom dan ada juga private. Nak dijadikan cerita, kitorang kan gamble je kalau nasib ada bilik adalah kan, lepas tu nasib baik ada, lepas diorang bagi kami tengok bilik yang shared bathroom dan kami puas hati, balik-balik office diorang, 5 minit lepas ada orang booking bilik tu kat booking.com. Terkejut dan risau dah kitorang tapi muka kena cool haha..Lepas tu, diorang mana boleh kata tak kan sebab dah bagi kitorang harapan, dan rezeki kami dapat bilik private family yang ada 3 katil tingkat dan 1 queen. WOW! Heaven sangat time tu haha. Dapur semua private so dengan gembiranya bilik yang besar tu kami conquer kihkih. Dann kebetulan dekat dengan Lake Taupo. Uishh memang lawa sangatt lake tu siyes talk.

Inilah kat Wai-O-Tapu






Inilah Huka Fall



10 Ogos 2017
- Seperti biasa lepas solat, sarapan kami bergerak tempat lain. Kalini ke Glowworm Waitomo. Kalau korang nak tahu, glowworm ni ada 2 kat NZ ni, 1 kat north 1 kat south. Tempat ni paling sesal sekalilah bagi suami mira haha. Sebab macam rombongan sekolah katanya. Mana taknya dahlah tiket masuk mahal dalam NZD80++ sekepala, lepas tu dia bagi kita masuk gua garam tu. Kat Malaysia banyak yang macamtu. Kita masa tu kan tak tahu best ke tak, berbaloi ke tak kan. So sekarang ia 1 pelajaran ye anak-anak hehe..Lepas tu pergi kat gua glowworm ni besttt sangat. Sebab sangat unik. Kat dalam gua tu ada 1 larva dia makan binatang terbang dengan sedut. Kita memang takkan nampak larva ni melainkan dalam keadaan gelap dan sunyi. Memang lawaa sangat. Tapi sayang tak boleh bergambar..sobsob

- Malam tu kami tidur tempat campervan FREE kat Porrit Stadium. Memang tempat awam, banyak juga caravan stop situ, tapi dah kul 8 pagi dah kena gerak dari situ. Paling lama tempat free ni boleh sampai 3 hari je tapi tu pun bergantung pada tempat tertentu.


Lake Taupo


Glowworm Waitomo (gua batu kapur)


11 Ogos 2017
- Pagi tu dah siap masak sarapan tu semua, kitorang bergerak ke Auckland. Sampai Auckland baru nak g Mount Eden, St Peter dan lain-lain (sori dah xingat nama tempat) hehe

- Dah penat pusing time to cari tempat tidur. Esok nak ke South pula yeay! Dan tau tak kitorang tido kat lodge Auckland. Uishh, sebabkan duduk kat bandar so harga semalam mahal! Dapur share, tandas private. Kongsilah dapur dengan orang putih masak mcam-macam. Tapi sebelum guna periuk diorang tu memang akan basuh guna sabun dulu. Takut juga sebenarnya, tapi yang pasti kita yakin sebab itulah hidup backpackers, tak ada kemudahan Muslim macam kat Malaysia.

Rose Garden tak silap nama die..hehe









***
Alhamdulillah selesai journey di Nourth, jom ke South pulak!! (Jom jumpa di post seterusnya pula)

bye :D












0 ulasan: