Isnin, 23 Januari 2017

My Engagement Day

16/7/2016

Tarikh ini merupakan tarikh yang bermakna untuk diriku dan mungkin pada orang tu..eh :p
Tarikh ini merupakan tarikh pertunanganku dengan seseorang yang berjaya menambat hatiku, curi hatiku dan berjaya mengubah hatiku untuk percaya pada seseorang bernama lelaki..ingat senang ke..hehe *it’s quit make it effort

Peretemuan pada 2014, yang pada mulanya hanya dasar kerja semata, dan pada Sept 2015 kita melaknasanakn program yang telah lama dirancang, dan nah dengan tiba2, pada bulan 11 2015 muncul dan terus ingin melamar. It’s was a shock, really..dengan tenang dan resah, ku cuba untuk buka hatini dan cuba untuk istikharah..percaya atau x, sejurus lepas mira dengar nasihat dari kawan tu semua, dan masa tux de sape pun terlintas kat fikiran, cuma cakap dalam hati, sesiapa yang datang kali ni, ku akan cuba bagi peluang..Yup, betulla janji Allah itu benar, apabila tiba saat yang sesuai, waktu yang sesuai, orang yang sesuai, Allah akan datangkan seseorang yang sesuai untuk kita..bukan sempurna, tetapi sesuai..Dan memang tak disangka-sangka si dia muncul selepas perbincangan itu untuk memujuk kembali sebab nak bagi hadiah katanya..hehe

Caranya unik, dengan hadiah yang diberi berupa wind chime..mungkin agak pelikkan, haa itulah yang mira rasa pada mulanya. Memang gelak lah..tapi apabila diminta untuk tafsirkan, barulah mira faham..balaghah sungguh :D Ok, then mira cuba istikharah, hampir 2 minggu juga kurang selera makan, dok mikir, apa jadi sebenarnya ni..duk fikir, ‘nanti life aku camne?’,’Masa depan aku?’,’Aku taknak kahwin awal.’,’Macamana nak hadapi dengan orang baru, tak pandai.’ dan dengan macam2 lagilah. Setelah istikharah sambil tu ku cuba untuk bermesyuarah dengan parent mira, kawan2 yang rapat, yang kenal mira camne. Dan setelah bincang ngan mereka, satu jawapan yang mira dapat. Mira cuba istikharah lagi, mungkin tak dapat mimpi macam orang lain, tapi mira bulatkan tekad, even tak kenal si dia ni siapa, tanya pun dekat kawan merangkap kawan sekerjanya,, memang sikit jelah info..tapi tak apa, it’s worth..:’)

Pada 7/11/2016, Mira terima dirinya, cuba buka pintu hati even masa tu rasa cinta sayang tu xdelah macam orang tengah bercinta ke apa, bayangkanlah masa tu memang berserah pada Allah bulat2. Bulan 12 si dia datang ke rumahku bersama ayah saudaranya, dan ye masa tu memang ayah mira jenis susah sikit, jadi it’s just introduce jelah kan. Masa tu pulak mira kat USIM..Hehe
Bulan 3, si dia datang lagi ke rumah mira, dan masa tu mira tengah intern. Kali ni si dia datang berseorangan, dan siap untuk disoal siasat oleh abah mira..hehe, macam polis dah tengok. Memang banyak soalan. Dan sepanjang tempoh nak ke tempoh tunang tu (16/7) macam2 hadapi, family mira jenis susah sikit sebenarnya nak terima orang baru. Tak apa take time, dan pada masa tu memang si dia banyak bersabar dengan diri mira ni. Yelah, mira ni jenis keras kepala, degil, rasa diri betul je. Sebelum dan selepas tunang memang sangat sangat lainnn..lagi beratt sangat ujian, dan ye, si dia tetap bagi nasihat even dah jadi macam2..


Dan insyaAllah tahun ni akan diijab Kabul..mungkin orang cakap, lamanya tempoh tunang, tapi sebab berkat parent tu kita nak, tak apa kita ikutkan je, #redha

Meh sis nak lanje sikit gambar hehe..just simple je..diy je..hehe