16/7/2016
Tarikh ini merupakan tarikh yang bermakna untuk diriku dan
mungkin pada orang tu..eh :p
Tarikh ini merupakan tarikh pertunanganku dengan seseorang
yang berjaya menambat hatiku, curi hatiku dan berjaya mengubah hatiku untuk
percaya pada seseorang bernama lelaki..ingat senang ke..hehe *it’s quit make it
effort
Peretemuan pada 2014, yang pada mulanya hanya dasar kerja
semata, dan pada Sept 2015 kita melaknasanakn program yang telah lama
dirancang, dan nah dengan tiba2, pada bulan 11 2015 muncul dan terus ingin
melamar. It’s was a shock, really..dengan tenang dan resah, ku cuba untuk buka
hatini dan cuba untuk istikharah..percaya atau x, sejurus lepas mira dengar
nasihat dari kawan tu semua, dan masa tux de sape pun terlintas kat fikiran,
cuma cakap dalam hati, sesiapa yang datang kali ni, ku akan cuba bagi
peluang..Yup, betulla janji Allah itu benar, apabila tiba saat yang sesuai,
waktu yang sesuai, orang yang sesuai, Allah akan datangkan seseorang yang
sesuai untuk kita..bukan sempurna, tetapi sesuai..Dan memang tak
disangka-sangka si dia muncul selepas perbincangan itu untuk memujuk kembali
sebab nak bagi hadiah katanya..hehe
Caranya unik, dengan hadiah yang diberi berupa wind
chime..mungkin agak pelikkan, haa itulah yang mira rasa pada mulanya. Memang
gelak lah..tapi apabila diminta untuk tafsirkan, barulah mira faham..balaghah
sungguh :D Ok, then mira cuba istikharah, hampir 2 minggu juga kurang selera
makan, dok mikir, apa jadi sebenarnya ni..duk fikir, ‘nanti life aku camne?’,’Masa
depan aku?’,’Aku taknak kahwin awal.’,’Macamana nak hadapi dengan orang baru,
tak pandai.’ dan dengan macam2 lagilah. Setelah istikharah sambil tu ku cuba
untuk bermesyuarah dengan parent mira, kawan2 yang rapat, yang kenal mira
camne. Dan setelah bincang ngan mereka, satu jawapan yang mira dapat. Mira cuba
istikharah lagi, mungkin tak dapat mimpi macam orang lain, tapi mira bulatkan
tekad, even tak kenal si dia ni siapa, tanya pun dekat kawan merangkap kawan
sekerjanya,, memang sikit jelah info..tapi tak apa, it’s worth..:’)
Pada 7/11/2016, Mira terima dirinya, cuba buka pintu hati
even masa tu rasa cinta sayang tu xdelah macam orang tengah bercinta ke apa,
bayangkanlah masa tu memang berserah pada Allah bulat2. Bulan 12 si dia datang
ke rumahku bersama ayah saudaranya, dan ye masa tu memang ayah mira jenis susah
sikit, jadi it’s just introduce jelah kan. Masa tu pulak mira kat USIM..Hehe
Bulan 3, si dia datang lagi ke rumah mira, dan masa tu mira
tengah intern. Kali ni si dia datang berseorangan, dan siap untuk disoal siasat
oleh abah mira..hehe, macam polis dah tengok. Memang banyak soalan. Dan
sepanjang tempoh nak ke tempoh tunang tu (16/7) macam2 hadapi, family mira
jenis susah sikit sebenarnya nak terima orang baru. Tak apa take time, dan pada
masa tu memang si dia banyak bersabar dengan diri mira ni. Yelah, mira ni jenis
keras kepala, degil, rasa diri betul je. Sebelum dan selepas tunang memang
sangat sangat lainnn..lagi beratt sangat ujian, dan ye, si dia tetap bagi
nasihat even dah jadi macam2..
Dan insyaAllah tahun ni akan diijab Kabul..mungkin orang
cakap, lamanya tempoh tunang, tapi sebab berkat parent tu kita nak, tak apa kita
ikutkan je, #redha
Meh sis nak lanje sikit gambar hehe..just simple je..diy je..hehe


0 ulasan:
Catat Ulasan